Followers

Tuesday, May 13, 2014

Panduan kertas 3 tingkatan 4. Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014

PANDUAN MENJAWAB KERTAS 3 SEJARAH 1249/3
TINGKATAN 4              TAHUN    2014

  1. Kertas 3 mengandungi 8 atau 9 soalan.
  2. Soalan pertama adalah pengenalan.
  3. Pengenalan biasanya hanya mengandungi 5 markah. Pelajar hanya menulis dalam lingkungan tiga perenggan sahaja. (2 isi satu perenggan  - huraian – contoh)

Cadangan Kajian: Guru sila bincangkan dengan murid bagaimana menulis esei dengan betul.
Arahan:
·         Pastikan menulis nombor soalan dengan betul.
·         Garis kata kunci dengan pensil warna atau high light.
·         Menulis 2 isi untuk satu perenggan.
·         Menulis dengan kemas dan cantik.
·         Soalan 1- 4 boleh didapati daripada buku teks.
·         Soalan 5-7 merupakan soalan secara analisis. Soalan ini mengkehendaki pelajar menganalisa (membanding-beza atau persamaan)  tamadun-tamadun lama dari segi kemajuan dan sebagainya dan disesuaikan dengan negara kita.
·         Soalan 8 adalah rumusan.


  1. Kemungkinan soalan yang akan ditanya: Disebabkan tema pilihan adalah  Tema Tamadun.

Mengapakah  tamadun bermula di lembah sungai? Markah soalan pengenalan atau 1 hanyalah 5 markah sahaja. Pelajar dicadangkan hanya menjawab dalam 3 perenggan sahaja.

·         kesuburan tanah
·         terdapat bekalan air
·         bekalan makanan
·         kemudahan pengangkutan
·         kemudahan perhubungan
·         kemudahan pertanian
·         sesuai untuk pertanian
·         tanah rata untuk petempatan
·         kemudahan aktiviti perdagangan
·         untuk mengairi kawasan pertanian


Menggunakan contoh isi di atas, karang jawapan lengkap.

Contoh.

(Tulis nombor soalan dan garis dengan pensil warna.)  Soalan 1.

Tamadun bermula di lembah sungai kerana terdapat tanah yang subur di lembah sungai. Terdapat bekalan air yang akan membantu manusia untuk hidup. Contohnya Sungai Hwang Ho menjadikan masyarakat tamadun Hwang Ho hidup dan bercucuk tanam dan mempunyai bekalan protein seperti ikan.

Perenggan dua…

  1. Soalan  kedua mungkin mengkehendaki murid menulis mengenai makna tamadun. Markahnya berada dalam lingkungan 10 markah sahaja.

Pelajar boleh menggunakan isi di muka surat 4 dan 5 Tajuknya MAKNA TAMADUN) dan mengolah semula isi dan huraian. ATAU BOLEH MENYALIN TERUS dari BUKU TEKS. Cadangan penulisan hanya 5 perenggan sahaja.

Konsep terbahagi kepada 3: Makna tamadun, Pandangan Barat dan Pandangan Islam.

  1. Soalan ketiga: mungkin mengkehendaki pelajar menjawab  ciri-ciri tamadun.

Jawapan terdapat di muka surat 5-8. Pelajar hanya perlu mengambil satu isi penting – huraian – contoh sahaja. Tidak perlu menyalin semua yang ada di muka surat tersebut kerana markahnya 15 markah.

Mengandungi enam ciri-ciri tamadun.

Contoh:

       Salah satu ciri tamadun awal manusia ialah petempatan kekal. Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik. Kawasan yang dipilih untuk petempatan tetap amat penting untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan. Contoh, Sungai Indus menjadikan tamadun Mesir berkembang, Hasil inovasi manusia kemudiannya melahirkan kemajuan dalam pertanian, iaitu dari segi penanaman dan penyimpanan makanan serta penternakan binatang. Contohnya ialah penciptaan peralatan baru seperti cangkul dan penggunaan teknologi seperti sistem pengairan yang baik dalam tamadun Hwang Ho.

7. Soalan 4 mungkin berkaitan dengan sumbangan awal manusia dalam pelbagai aspek. Bahagikan sumbangan kepada tiga bahagian. Politik, ekonomi dan sosial. Mengandungi  3 markah. Hanya perlu dua halaman betulis sahaja. (2 muka surat kertas kajang)
Contoh esei.
    (dalam aspek politik seperti pemerintahan, undang-undang) Sumbangan yang paling ketara adalah sumbangan dalam aspek politik. Ke  tiga-tiga tamadun mempunyai pemeritahan beraja. Seterusnya, bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar sistem pemerintahan mual dibentuk untuk menjalankan pentadbiran. Seseorang pemimpin ataupun raja selalunya menggunakan unsur magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan demi mendapatkan pengiktirafan sebagai ketua pemerintah. Kewujudan sistem pemerintahan memawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.
Contohnya, Raja Mesir digelar Firaun. Pemerintahan Indus pula diperintah oleh golongan pendeta. Dari segi politik, tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno. Sistem pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching. Hanya sedikit perubahan dilakukan terutama gelaran raja ditukar kepada maharaja. Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja(maharaja) dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.
            Antara sumbangan besar tamadun Mesopotamia dalam politik  adalah Kod Undang-Undang Hammurabi.Kod undang-undang ini digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon.
            Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.Mengikut kod ini,hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar,oleh itu rakyat dapat membaca undang-undang tersebut.
 Masukkan pula isi ekonomi (perdagangan, pertanian –apa sahaja yang berkaitan kewangan)
Dalam aspek ekonomi pula, banyak sumbangan telah dicapai. Salah satu aspeknya ialah pembinaan sistem pengairan.Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian . Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir. Sistem pemerintahan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut. Selaian itu, bajak, batas, dan cangkul daripada besi juga dicipta bagi menggantikan alatan daripada kayu.
Tambahan pula, pembentukan organisasi sosial dan politik membawa kepada pengkhususan pekerjaan dalam tamadun awal. Peningkatan dalam produktiviti manusia boleh menghasilkan kemakmuran dan kestabilan politik yang secara langsung akan membawa pula kepada peningkatan dan perkembangan ekonomi. Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu melalui pengkhususan dan kepakaran kumpulan tersebut. Aktiviti ini merupakan titik permulaan bagi aktiviti ekonomi yang dikenali sebagai perdagangan. Aktiviti pertukaran barang dan perdagangan membolehkan Berlakunya pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi da budaya antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. (contoh teknologi)
Selain aspek pertanian, tamadun juga mementingkan perdagangan yang dijalankan di kawasan lembah. Bahkan mereka akan belajar ke lautan untuk menjalankan perdaganagan. Contohnya, Tamadun Mesopotamia berdagang dengan Tamadun Mesir.
            Dalam aspek sosial pula, ama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun. Dalam sesetengah masyarakat, alam sekitar seperti pokok, batu, matahari dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup. Manusia pada peringkat awal proses pembentukan tamadun percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekelilignya. Kepercayaan ini dikenali sebagai animisme. Secara evolusi kepercayaan ini bertukar menjadi agama. Agama tamadun awal ini dikenali sebagai politisme yang bermakna penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan.
Pnciptaan bahasa dan tulisan adalah sebahagian daripada perkembangan ilmu pengetahuan dalam proses pembentukan tamadun yang hasilnya dapat dilihat sehingga hari ini. Antara bahasa tertua termasuklah Yunani dan Sanskrit manakala contoh sistem tulisan awal ialah hierogluf, cuneiform dan ideogram. Bahasa dan tulisan memainkan pernan yang sangat penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan juga antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain.  (dan tambahlah aspek lain dalam sosial)

8.  Soalan 5 akan berfokuskan Malaysia. Gunakan isi yang telah diberi dan tulis dalam bentuk ayat.

·         Membina saliran yang baik
·         Memajukan kawasan pertanian
·         Memperluaskan kawasan pertanian
·         Mempelbagaikan kegiatan pertanian
·         Penggunaan teknologi moden
·         Meningkatkan mutu pengeluaran
·         Meningkatkan kegiatan perdagangan
·         Melahirkan pakar perubatan
·         Membina pusat perubatan
·         Melahirkan pakar perubatan dalam pelbagai bidang
·         Mencipta pelbagai jenis ubat-ubatan
·         Membina bandar secara terancang
·         Menyediakan kemudahan infrastruktur
·         Menyediakan tenaga kerja mahir
·         Menebusguna tanah
·         Membina bangunan pencakar langit
·         Meningkatkan mutu pendidikan
·         Menggalak rakyat menuntut ilmu
·         Menjalankan peperiksaan dalam pelbagai peringkat
·         Melahirkan jurutera yang berjaya
·         Menggalakan pelancongan
·         Penggunaan kelendar

Contoh:
Negara kita mestilah mengadakan kemajuan pertanian seperti yang berlaku dalam tamadun awal. Pengairan mestilah diadakan supaya petani boleh mendapat manfaat. Kerajaan mestilah memajukan kawasan pertanian dan memperluaskan kawasan pertanian. Kegiatan pertanian mestilah dipergiatkan. Selain itu kerajaan juga mestilan menggalakkan petani menggunakan kenderaan bermotor atau berteknologi supaya penghasilan pertanian berlipat kali ganda. Contohnya menggunakan traktor yang boleh menuai padi.
9. Soalan ke 6 akan memfokus kepada negara kita. Kebiasaan soalan ini mengkehendaki pelajar menjawab mengenai kejayaan Malaysia. (10 markah sahaja) 3 perenggan atau enam isi sudah mencukupi.
CONTOH ESEI
 Malaysia turut dapat dilihat melalui pembinaan bangunan yang menjadi kebanggaan negara. Pembangunan negara yang bergerak pantas bagai belut diketil ekor dapat dilihat melalui pembinan bangunan-bangunan yang tinggi terutamanya di ibu kota metropolitan, Kuala Lumpur. Pembinaan bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur merupakan bangunan mercu tanda kemajuan negara di Malaysia.
Malaysia juga melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabila kita berjaya melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I dan MEASAT II. Pelancaran satelit ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara ASEAN yang mempunyai satelit angkasanya sendiri. Bukan itu sahaja, program penghantaran angkasawan negara yang pertama iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga menempa nama Malaysia di seantero dunia. Di Malaysia, terdapat sistem pengangkutan yang terkenal seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),  KLIA 2, Sistem Transit Ringan (LRT), KTM, PUTRA, monorel, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Terowong SMART.
10. Nyatakan (a) cabaran-cabaran yang perlu dihadapi negara. Pelajar boleh menceritakan tentang masalah yang dihadapi negara. (10 markah) Memadai memasukkan 5-7 isi sahaja. Bahagian b pula pelajar perlu memaksukan langkah mengatasinya bagi masalah yang disebut dalam bahagian a.

a : Cabaran  (cukup memasukkan lima isi – contoh) untuk 5 markah.

·         Perpaduan kaum
·         kemiskinan rakyat
·         tiada kepakaran tinggi dalam teknologi
·         Kesedaran rakyat
·         Saingan dari negara luar
·         Harga tidak stabil
·         Masalah kemiskinan
·         Kurang berusaha
·         Teknologi sederhana
·         Malas
·         Kurang kreativiti
·         Tidak berani mencuba
·         Gejala social
·         Kesedaran kepentingan ilmu rendah
·         Tidak bersyukur
·         Perkauman

Langkah

·         Meningkatkan kesedaran rakyat
·         Memberi pelbagai insentif bagi mengatasai kemiskinan
·         membawa masuk pakar dari luar negara.
·         mempertingkatkan teknologi
·         memastikan wawasan 2020 dicapai
·         memperkukuhkan perpaduan kaum
·         meneroka pasaran baru
·         Menghantar pelajar meneroka ilmu di
Negara maju
·         Memberi kemudahan keewangan

Contoh: (tulis  3-4 perenggan sahaja)
Salah satu cabaran yang dihadapi oleh Malaysia ialah perpaduan rakyat. Keadaan ini berlaku kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti Melayu, Cina , India dan beratus kaum lain. Selain itu, Malaysia menghadapi kadar kemiskinan yang tinggi.
Tambahan pula, negara kita menghadapi masalah kekurangan tenaga pakar terutamanya dari segi teknologi tinggi.
(b )   Bagi mengatasi masalah perpaduan kaum, Pemupukan kebudayaan Kebangsaan dengan menyerap elemen budaya bangsa lain sememangnya dapat menbentuk rasa saling menghormati antara kaum di Malaysia.Persembahan kebudayaan pelbagai kaum wajar dimulakan di peringkat sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi.  (sambung 3-4 perenggan)
11 : rumusan. telah diberi panduan dalam edaran.
·         Pengetahuan yang diperolehi
·         Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
·         Harapan untukmelahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang




No comments: